Thursday 23 February 2012

Update

hehe..lamenye tak update.. aku bkn blogger pn.. aku hanya menulis untuk suke2..haha..
Sekarang aku da msk sem akhir.. segalanya akan berubah tak lama lagi.. sekejap je hidup ni berlalu.. recall balik, mmg sekejap je hidup di dunia ni..aku sedar aku banyak alpa.. aku alpa dengan kehidupan dunia .. aku kurang bersyukur dengan nikmat yang ada.. aku harap aku mampu seimbangkan dunia mahupun akhirat.. aku nak berjaya di kedua2 alam.. insyallah saidi.. insyallah..

Hubugan aku dengan hamizah makin lama makin baik.. kami kini boleh bergurau pekara2  yang klu dulu kita cakap pasti salah seorang pihak akan terasa or merajuk.. tp kini pekera i2 hanya jadi gurauan kitorang.. kami saling percaya mempercayai.. satu perkara yang agak sukar aku nk bina ialah kepercayaan.. namun aku tampa sedar aku percayakan dia dan dia percayakan aku..

aku yakin rasa percaya itu perlu dipupuk, tp selebihnya akan datang sendiri.. contohnya bila dia tak contact kita, kita faham dia ada kerja, bukan kita akan fikirkan yang dia contact org lain.. bila dia merajuk kita tahu dia merajuk bukan betul2.. hanya inginkan perhatian.. haha.. semuanya seolah2 keajaipan dalam hidup ini..

aku bersyukur memiliki ibu bapa yang sayang akan kami semua.. aku bersyukur dengan apa yang ada.. aku ingin menghargai kehidupan insan yang selama ini susah payah membesarkan aku,menjaga aku dan dia memberikan segalanya pada aku..

yaAllah.. jadikan diriku seorang yang sentiasa membahagiakan insan2 yang aku sayangi terutama ibu dan bapaku.. ya Allah.. Limpahkan lah kurniamu keatasku agar aku menjadi anak yang soleh.. agar aku membahagiakan ibu bapa ku sepanjang hayat mereka.. Insyallah.. Aku tidak akan hampakan harapan mereka berdua..

Sunday 5 February 2012

Nenek Ohh Nenek @ Mandi Manda

hehe..
lamenye tak update blog..puas hati gle bercuti, macam2 plak jadi.. malas nk cite panjang2.. just ada dua perkara nk write kt sini:

1- Nenek terjun tingkap
2- Mandi manda di Belukar Bukit

Nenek Terjun Tingkap

huhu.. semua org terkejut dengan berita nenek terjun tingkap. Habis lengan nenek lebam n badan die sakit2.. ayah n mak bawak nenek pergi uma tukang urut badan. Org urut badan cakap nenek salah urat.. memalui penceritaan mak, ada urat yang da terkehel, tapi alhamdulillah juga sebab nenek tak de sampi patah2.. kalau la patah memang kes teruk sebab nenek da uzur. selepas mendapat rawatan dari tukang urut nenek sekarang beransur pulih.. hehe..

Mandi Manda di Belukar Bukit

 Ueah.. rini kami semua pergi belukar bukit.. nk hilangkan stress nenek.. gambar? tadak.. haha.. bangun pagi2 kejut my sayang, pas2 kejut adik2 bangun, then masa makan pagi ayah cakap nk bawak kitorang mandi belukar bukit..hehe.. syok2.. ayah cakap nk hilangkan stress nenek sbb asyik terperap je kt uma.. hehe.. melalui pengamatan dan pengalaman kitorang belukar bukit 4sure baru lepas banjir.. sebab?? sebab kawasan kt sane banyak berubah.. pas2 sangat bersih dan airnya sangat laju..hehe .. pape pun aku tak kisah semua tu, tengok adik2 semua happy da best da.. ta sedih skit, bola rugby aku tertinggal kt sane.. huk3.. tapi takpe la.. hehe.. asal semua enjoy..

tata..